Friday 30 May 2014

A.V.E : Cramp / Urat Simpul Ketika Hamil

Apa Itu Urat Simpul?


Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos). Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki. Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda. 



Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Urat simpul berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan anda boleh melihatnya di bawah kulit. 



Urat simpul berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan.


Urat Simpul Berlaku Pada Kaki Anda?



Bayi anda yang sedang membesar, plasenta (uri) dan uterus (rahim) anda menekan salur darah pada bahagian pelvik anda. Ini termasuklah salur darah besar (vena kava inferior) pada bahagian kanan badan anda.



Salur darah utama ini terpaksa bekerja keras. Ia menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah dan kebanyakan organ dalam pelvik dan perut. Tekanan yang diterima oleh vena kava inferior membuatkan lebih sukar bagi darah dari kaki anda untuk pulang ke jantung.



Pada masa yang sama, terdapat lebih banyak darah mengalir di seluruh badan anda ketika ini dan hormon progesteron pula merelakskan dinding salur-salur darah ini.



Kesemua ini membawa maksud salur darah pada kaki anda lebih berkemungkinan untuk membengkak. Urat simpul adalah biasa dalam kehamilan, tetapi ia akan beransur baik selepas anda bersalin.

urat simpul, darah berkumpul
urat simpul ketika hamil


Adakah urat simpul boleh berlaku pada bahagian badan yang lain?


Anda lebih berkemungkinan mengalami urat simpul di kaki anda, tetapi ia juga boleh berlaku di bahagian-bahagian tubuh yang lain. Buasir ialah sejenis urat simpul yang berlaku di bahagian dubur dan merupakan perkara biasa dalam kehamilan. 



Kira-kira empatperatus wanita hamil mengalami urat simpul pada bahagian dalam dan di sekeliling faraj mereka. Masalah ini biasanya pulih sendiri selepas mereka bersalin. 



*Cara merawat buasir. Sila KLIK.

Simptom-simptom urat simpul?



Selain daripada kelihatan sangat tidak menarik, urat simpul boleh mengakibatkan simptom-simptom lain yang tidak menyenangkan, termasuk:


• kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit di mana urat simpul berlaku


• bengkak tapak kaki dan buku lali;


• kejang otot pada waktu malam;


• lenguh kaki dan kaki terasa berat.



Jika simptom-simptom ini agak teruk atau menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa, mintalah bantuan daripada doktor anda.


Bolehkah saya mengelakkan urat simpul?

Malangnya, tidak banyak yang anda boleh lakukan untuk mengelak atau menghalang masalah ini daripada berlaku. Tetapi jangan putus asa. Ada beberapa perkara yang anda boleh cuba:

• Baring atau tidur mengiring ke kiri untuk mengurangkan tekanan ke atas vena kava inferior        anda. Letakkan bantal di bawah kaki dan satu lagi di belakang anda.

• Jangan duduk atau berdiri untuk jangka masa yang lama. Berjalan-jalanlah sekurang-                 kurangnya sekali setiap setengah jam. Anda juga boleh membuat beberapa senaman ringkas   seperti berjalan untuk melancarkan peredaran darah.

• Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki.                 Tinggikanlah kaki anda bila-bila boleh. Gunakan bangku kecil atau kotak.

• Pertambahan berat yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh membuatkan anda mudah         mengalami urat simpul. Cuba amalkan diet yang sihat dan seimbang.

[sumber www.babycenter.com.my]

Semasa hamil anak sulung dahulu saya ada bertanya kakak saya kenapa selalu kejang dan 

bagaimana utk mengatasinya...katanya saya kekurangan kalsium disebabkan baby dah mula "tarik" kalsium dari mamanya...dan beliau sarankan utk saya ambil dosage kalsium yg lebih tinggi. Jadi untuk mama semua, sebagai ikhtiar bolehlah mengambil OsteMatrix ya. InsyaALLAH mungkin boleh membantu untuk melegakan kerana OsteMatrix ialah Kalsium yg lengkap dgn Magnesium , Vitamin D dan lain-lain mineral yg membantu utk mengoptimakan lagi penyerapan Kalsium.

Untuk Info lanjut tentang Ostematrix. Sila KLIK

Untuk info lanjut tentang Set Kehamilan. Sila KLIK


Rasa malu nak call saya atau macam tak sempat nk call, anda boleh juga membuat pembelian terus, semuanya hanya di hujung jari anda. Klik-klik, buat pembayaran then barang pun terus sampai depan rumah. Mudahkan!!

Happy Shopping!!



 Order Now


----------------------------------------------------------------------
Sila baca DISCLAIMER

Anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nurul Fazreen bt Othman
SMS/Whatssap : 0137577753 (fazreen)
email: awesomevitaminsever@gmail.com
COD: Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Taman Nong Chik, Kolam Ayer, Taman Daya, Kangkar Tebrau, Pandan

*These statments have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*




1 comment:

  1. Masa ngandung dulu kerap sgt kene simpul biawak ni. Kurang kalsium..sekarang dah consume shaklee dah jarang kene simpul biawak.alhamdulillah

    ReplyDelete